BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 31, 2010

New Yeaer 2011....!!!

Ari nie dah masuk tahun baru 1.1.2011...sungguh cantek no nie 1/1/11 heheheee.....semua nyer just satu jer kan......seperti biasalah pas subuh jer nie....ari nie takder planning apa sangat just nak cari makanan yang sememang nyer wajib kalau dah balik kuala kangsar nie...1st adalah nasi goreng ayam kat kedai mamak yang name dia Shah Renna ( betul ker ejaan nie yer ??? so ader bunyi kira ok jerlah yer ) nasi goreng dia nie memang takleh jumpa mana-mana tempat aku penah pegi sebelum nie so jangan tanyer kenapa nasi goreng tuu rare sangat ker sampai tahap cam tuu tapi kalau korang rasa sendiri sure tahu bezakan nasi goreng nie ngan tempat lain korang penah makan then percayalahh.....after that sure korang akan datang beli lagi kat kedai nie...then 2nd dish yang sememangnya aku akan cari aderlah popia goreng ( kenapa popia goreng yer?) popia memang lebih kurang jer mana pun tapi yang nie maybe dari kecik sudah kebiasaan makan makanan nie jadi dah beranggapan bahawa seperti makanan yang mak masak jer...cos the whole life selama nie membesar ngan makanan nie so itulah yang mungkin wat popia yang biasa-biasa nie menjadi satu makanan yang akan dicari bila balik kuala kangsar nie. Tapi ari nie cuti new year maybe orang yang jual popia nie cuti then esok ahad lak then for sure macam balik kali nie tak dapet nak merasa popia nie :(

Semalam sure ramai yang sambut new year.... aku just sambut depan TV jerlah pun...kalau kat kuala kangsar nie nak pegi mana pun...ader gak dengar mak cakap semalam yang orang sambut kat area jam besar? inilah bangunan yang sememangnya berada di tengah-tengah kuala kangsar pun. Ini adalah gambar jam besar kuala kangsar dan menjadi kebanggaan orang di tempat ini dan sekitarnya.



Berbalik semula kisah new year, Banyak jugalah cerita-cerita menarik sempena new year nie. Buat kali ketiga rasanya aku melayan citer "3Idiots" aku nie bukan lah peminat cerita filem hindustan tapi citer nie agak menarik so terujalah jugak untuk melayan untuk ke berapa kali gak lah :) Cerita ini mengisahkan 3sahabat yang sangat close n take care about each other so bermula lah kisah dari first day diorang masuk collage kejuruteraan sampai diorang grad kat collage nie. Bermacam-macam kisah berlaku antara tiga orang kawan baik ini iaitu Amir Khan as Rancho , Madhavan as Farhan and Sharman Joshi as Rastogi. Rancho nie seorang yang pandai tetap agak cool then tak serabutkan kepala dengan hal-hal yang memeningkan kepala so just take easy in everything he doing with this life then memikirkan pengalaman adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan dari belajar just untuk lulus dalam exam. Rancho juga seorang pelajar cemerlang walaupun nampak agak banyak main atau selalu membuat benda yang bodoh tetap akan dapat nombor satu dalam setiap kali peperiksaan manakala farhan dan Rastogi orang paling akhir dan kedua akhir bila peperiksaan. Kisah cerita ini agak menarik daripada kisah tentang friendship , family , about life sekeliling mereka , collage and kehidupan masa depan diorang. Kalau nak tahu lebih lanjut kisah ini silalah menonton di *Astro Fiesta di Channels 110* serius sangat best cerita ini :)

Thursday, December 30, 2010

- Hometown -

Mode : Happy with tengah melayan music Laskar Pelangi by Nidji
Location : Hometown ( Kuala Kangsar )
Time : 9.30am

Sesuatu yang luar planing untuk balik ke Kuala Kangsar, my sister just text me kata " siap-siap n petang nie kita balik dalam kul 1 or 2ptg nie..." memang agak lama juga aku tak balik kuala kangsar...itupun pun balik last raya haji rasanyer pun..time tuu balik takder sesiapa sangat just aku ngan akak aku jer lah pun cam biasa sebelum2 nie...my 2nd sister ngan adik jarang balik cos ader hal kadang tuu so taklah sama time kami nie berkumpul selalunyer..

Pukul 2petang itu, me and my sister geraklah balik kuala kangsar tapi before tu planing nak pi singgah mana-mana tempat yang boleh isi perut nie yang sememangnya dari pagi tadi berbunyi music hip-hop and keroncong ( macam mana akalau bunyi dua tuu di-mix kan yer? hehehee..  ) first planing nak makan kat rawang then haruslah ikut jalan lama cos umah aku in kepong jer kira agak dekatlah kalau ikut jalan lama...aku tak tahulah nak pegi makan mana cos memang tak tahu lah buat masa ini tidak teraser nak makan apa so kalau mana akak aku nak pi makan so makan ajerlah..aku dah bagi idea macam2 tapi seperti biasalah di-reject oleh akak aku :(  sesampai di rawang planning bertukar selepas berpusing2 mencari port makan tapi takder yang best..akak aku ber kata " eh...!!! kita makan kat tanjung malim ajer lah...akak nak pegi beli barang kat ader satu kedai nie" aku jawab dengan pasrah dengan menahan perut yang bertukar music hardcore " tak kisah lah mana pun so oklah gak then boleh gak wat tour kat tanjung malim tuu " perjalan agak best gak time tuu cos cuaca yang redup membuat perjalanan ini agak cool so macam-macam cerita keluar dari satu chapter ke chapter lain tentang kisah dulu dan sekarang nie. Pada pukul 4petang sampailah kami ke tanjung malim dan tempat pertama yang tuju surelah kedai makan...akak aku penah makan ka kedai nie sebelum nie so memang nyatalah makanan kat kedai nie sedap juga. Selepas makan akak aku pegi kedai yang di nak pegi itu sementara itu aku just pusing-pusing sekitar pekan ini.

Selesai semua urusan membeli belah oleh akak aku terus gerak balik hometown..kuala kangsar  ku... sampai dalam 6 lebih rasernyer....perasaan sangat best jumpa my lovely mom.....dia pun agak senyum-senyum gak lah cos before nie dia dah pesan suruh balik tapi aku tak balik then nie baru nak balik...perasaan rindu semua terubat dapat wajah ini yang sekian lama aku lihat dari aku lahir sampai umur ku 26thn kini. Aktiviti malam aku seperti biasa kalau dah bawak PC aku balik...main game ngan dak2 sebelah umah aku nie sampai kul 1.30pagi itupun kena paksa tidor...kalau nak ikut kan hati diorang memang taknak berhenti-henti lah jawabnya. 

Pagi yang indah.......... pas solat subuh malas nak tido dah pun...... just pegi beli nasi lemak kat kedai area umah aku nie then pegi pusing-pusing pekan beli roti canai n surat akhbar. Pas nie nak pi kubur arwah ayah aku....dah sebulan gak lah aku tak pegi tempat nie. ~Al- Fatihah~ untuk ayah ku semoga Allah mencucuri rahmat kepadanya dan ditempatkan orang yang beriman.

Sunday, December 26, 2010

* Harimau Malaya...!!! *



Taniah.....Taniah....Taniahhhhh buat team Malaysia yang menang untuk 1st final game with Indonesia. Lupakan segalah kekalahan sebelum ini sebanyak 5 - 1 semasa didalam kumpulan. Pemain2 kita yang makin berpengalaman dan jurulatih yang banyak memberi tunjuk ajar sangat bagus buat Malaysia untuk menang 1st final game nie sebanyak 3 - 0 . Aksi yang cukup menarik dan cantik telah ditunjukan oleh para pemain kita. Syabas Malaysia dan diharap agar piala tersebut dapat dibawa ke Malaysia dengan bekalan sebanyak 3jaringan itu. Malam ini memang jantung aku berasa hendak luruh jatuh bagai lah rasernyer apabila tengak 1st half sebab kedua2 team sangat seimbang dan serangan semua memang cukup menarik. Bermula 2nd Half pula keadaan berubah selepas penjaga gol Indonesia cuba protes tentang lazer yang kena mata nya so permaianan dihentikan selama 5minit. Sekembali beberapa minit selepas permaianan terhenti itu bermula aksi cermerlang Malaysia yang menyumbat gol pertama menerusi Mohd Safee Sali dari hantan cantek NorShahrul Idlan Talaha. Beberapa aksi cantik telah ditunjukan oleh malaysia dan menyebabkan berlakunya penambah gol kedua oleh Ashari dan selepas itu safee sali sekali lagi menjaringkan untuk gol yang ketiga. Memang permaianan yang cantik , semangat dan strategi yang menjadi pada malam ini.

Malaysia "*TANAH TUMPAH DARAHKU*"

 + Buat peminat bola yang ke stadium plz.... jaga diri n tak perlu lah mengangu pemain2 dengan pancaran lazer anda cos mungkin perkara ini akan menjadi isu jika pasukan indonesia protes perkara tersebut lagipun cubalah berfikiran secara rasional terhadap perkara ini :)

Kelaporan Melanda......!!!

Ari nie Ahad , 26Dec2010 so nak dekat dah new year nie. Memang ari nie teraser sesangat lapor ler lakz...selalu nyer malam baru aku makan itu pun kalau lah rajin sangat aku nak masak.Apa nak di makan nie...??? kalau tak just pi makan kat luar then balik jer lah pun then tak payah susah nak masak then order jer. Aku nie pula jenis kalau dah balik umah memang malas nak kuar dah lah so kalau perut dah lapo then tak paham2 lagi ker nak masok nie kalau tak masok cam mana nak makan jawabnyer. kali nie memang masak simple tapi bagi aku inilah kesukaan aku lauk2 cam nie walau simple tetap best :) lauk orang bujang jer pun..ececeeehh.. macam lah aku nie dah kawen or per pun..memang bujang jer pun...hahahaaa......!!!Ari nie menu aku adalah sardin ( ikan yang tersepit dalam tin ) , kangkong goreng ( lebih2 aku wat nasi goreng kampung ari tuu ader lagi then nak layu dah pun so dari layu baik aku masak jer pun ) ikan bilis kicap cilipadi ( ini memang serius fav aku dalam semua nie...memang layan tak hengat nyer ) last sekali menu aku today is telo dadar.......lagilah sedap kalau ader ditambah kan ikan masin sepat or belanak. Cerita ikan masin nie kalau goreng kat umah...mahu bau dia naik satu umah so sangat sedap n menyelerakan untuk makan :) perut pun dah lapooo......jom makan!!!!



Sardin + Telor Dadar + Ikan Bilis Goreng Kicap w Cilipadi + Sayor Kangkong Goreng

Friday, December 24, 2010

* Ungu - Percaya Padaku *

Aku tak tahu apa yang kurasakan
Dalam hatiku saat pertama kali
Lihat dirimu melihatmu
Seluruh tubuhku terpaku dan membisu
Detak jantungku berdetak tak menentu
Sepertinya aku tak ingin berlalu

Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku ‘kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku

Ku berikan cintaku juga sayangku
Percaya padaku ku ‘kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku
Saat ku tahu kau akan pergi jauh

Izinkan aku ‘tuk selalu menatimu
Untuk katakan ku ingin dirimu
Agar kau tahu betapa ku terlalu
Mencintaimu aku akan menunggu
Hingga dirimu kembali untukku

Tolonglah aku bagaimana diriku
Ungkapkan itu rasa yang membelenggu
Dalam hatiku ku cinta padamu

Bersalji di Kuala Lumpur

" Bersalji di Kuala Lumpur....??? " Biar betul kl Bersalji nie....tapi memang betul pun lah KL bersalji selama 5minit dekat KL nie.... So boleh tengak KLCC yang bersalji time tuu.... Heheeee...ini bukan lah salji betul pun tapi kisah cerita seorang lelaki yang bernama Qi Razali melakon kan sebagai Malik yang sanggup mencipta salji kepada girl yang dia love sangat iaitu Dieana. The same time dia ader best girl friend a.k.a kawan baik perempuan iaitu Nadia ( Nad ) yang dilakon kan oleh Siti Elizad. Agak cool n selamba gak lah kan diorang berlakon. Qi yang memang rambut dia messy n Siti Elizad yang berlakon tom boy lakz tuu memang cam kena jer rasanya. Bermula lah kisah untuk mencipta salji apabila Dieana yang mengatakan dia akan stay Malaysia if ader salji. Malik n kawan2 diorang mula lah cari cara macam mana untuk cipta salji. Dari satu cara ke satu cara sampailah diorang wat experiment tentang macam mana untuk wujudkan salji sama macam bila musim kemarau kita wujudkan hujan tiruan then dengan fakta tersebut terciptalah salji. Serius memang menjadi tapi just 5minit jer pun but yang sedih nyer this time even salji dah ader tapi diena kata dia ader someone lagi special yang dia sayang kat U.K so memang ader salji di KL nie pun dia akan pegi ke U.K . Memang frust lah malik tapi baru terbukak lah mata Malik yang selama nie Nad everytime memang ngan dia dalam susah n senang. Lagipun diorang kenal since dari tadika pun then memang closed sangat lah diorang nie. Akhirnya......surelah Malik n Nadia <3 sangat sweetttt...........!!!

-BERSALJI DI KUALA LUMPUR-

PELAKON BERSALJI DI KUALA LUMPUR

Thursday, December 23, 2010

Tron Legacy

Tron Legacy

Last 2 day rasanya lah kalau tak silap aku pegi tengak movie nie. Selalu kalau boring2 nie dari umah aku untuk pergi cinema yang dekat adalah Jusco Kepong ( TGV ) and Brem Mall Kepong ( Big Cineme) . Before this memang 2 tuu jerlah port aku tengak movie tapi tak semua movie ader kat tempat nie then kadang kalau takder kena lah pi ushar kat One Utama or Cineleisure Damansara tapi jarang gak lah pegi cos aku kalau pi tengak movie pun tengak dulu kul berapa time dia then pegi beli tiket terus tengak lah. Kali nie agak lain sikit lah sebabnya tempat aku ader tempat wayang or a.k.a cinema baru yang terletaknya dekat Kepong Village. Kepong Village nie sekali ngan tesco so sangat dekat lah ngan umah then tak payah lah bersusah payah untuk pergi Tesco Selayang yang nak di ikutkan dekat jer tapi disebabkan nak kena U-turn jauh so teraser amat jauh lak tuu. Kepong Village( Cinema MBO ). First time gak lah aku masuk MBO and sebelum nie memang tak penah pun. Tempat dia boleh tahan lah cos dah nama baru kan tapi serius aku cakap dia nyer sound THX so memang best even duduk atas seat dia pun terasa cam gegar lah kan and then other thing yang wat wayang nie cam acap bagus n cam best cos seat dia yang agak selesa berbanding TGV & GSC kan. Even sesiapa lalu depan yang jenis suka masuk lambat tuu memang tak payah lah orang yang duduk tuu nak terkepit2 kaki nak bagi orang lalu so memang amat selesa banget lah kiranyer tapi cuma dia nyer skrin lah tak macam tgv yang curam ke bawah so leh tengak view ngan best. Apa pun memang best lah tempat baru nie. Berbalik semula  pada movie nie balik. Cerita nie mengisahkan seorang ayah  yang mencipta games and telah menjumpai kiranyer new generation tentang gaming nie yang boleh dirasai cam reality. Ayah dia nie cipta lah benda nie dan masuk ke demensi lain untuk merasai reality gaming nie. Tapi.... oneday tuu ayah dia stuck dalam demansi tersebut dan tak dapat keluar selama 20thn. Anak dia dah besar so terpegilah tempat ayah dia nie balik so jumpalah tempat tersebut. Rupa2nya Klon ayah dia nie dalam game tersebut telah take over tempat tuu n membuat ayah dia stuck selama ini so bermula lah action untuk keluar dari tempat tersebut. Kalau nak tahu ending better korang pi tengak sendirilah and tak best lak kalau aku citer. Citer nie agak best gak cos grafik dia yang cantik n jalan cerita pun oklah.E njoy this movie k :0

www.kamikazegames.com

" kamikazegames "
Sudah terlalu lama aku stop main game nie. Rasa nyer dekat lah 6 or 7 tahun gak lah. Ini online games tapi taklah kita leh nampak gambaran dia cam mana so dia just angka semua. Kitalah yang patut plan apa nak bina or attack other people. Games nie agak best lah coz boleh belajar ilmu hisab or matematik dalam kata am nyer...hehehe... 6 or 7thn lepas memang best giler main cos time tuu ramai giler join but now sikit jer lah...realm dia pun tak ramai cam dulu tapi boleh lah layan lagi kiranyer..banyak orang U.K , area German n Rusia sekarang nie....orang malaysia tak dapat lakz nak kesan yang mana lagi setakat nie. Games nie dulu wat aku jadi giler time dulu...dulu mana ader internet connection kat umah so nak main kena pegi CC lah...kalau ader pun internet moden 56K yang bila connect mahu orang sebelah umah pun dengar bunyi nyer...hahahaaa... tapi kira oklah...aderlah gak kan so if sesak2 nak main leh ler gak tapi tak laju lah cam sekarang HDPA lakz tuu kan :) aper pun game nie memang layan so sapa nak join game nie boleh jer...just search kat web dia nie tapi sekarang dah round 34 so dia akan tamat around 50 then better join next round ajer k :)

Wednesday, December 22, 2010

christmas eve

Christmas....!!! So salu nyer kalau takder santa claus , Christmas tree yang bawah dia banyak adiah then turkey memang tak sah lah.... aku takder lah nak citer kan pasal christmas nie sangat tapi lately nie bila tengak " jimmy oliver in christmas day " so macam best lakz rasanyer cos dia nyer food memang sangat menarik..simple2 jer tapi buat teraser....n pikir kan *kalu dapat makan kan best* tapi tak pun...dapat tengak jer jawabnyer pun :)  Time nie teringat lakz masa aku mula2 masuk collage..time tuu semua kenal diri masing2 then leh kata semua budak2 dalam kelas tuu diorang nyer influence biasalah kalau bukan Jimmy Oliver. Aku time tuu tanyer2 gak lah siapa jimmy oliver nie kan...ehh!!! power sangat ker dia nie? sampai semua sebut nama dia...so balik tuu try lah search siapa jimmy oliver tuu so tahu lah kan one of celebrity Chef . Alahh...masa tuu mana kenal chef luar2 nie sangat pun n tahu pun Chef Wan and satu lagi Chef ismail. Tapi memang serius bila lama2 tengak jimmy nie memang power pun dia..food simple but really2 nice...orang kata leh pecah air liur sampai leleh lah tengak food dia...teringin gak nak masak turkey sendiri kat umah tapi nak masuk oven cam tak muat kot rasernyer...punyer lah besar. Serius memang best AFC Channels during this christmas.

Jimmy Oliver
























*-this pic last year nyer Christmas with my friend-*

Life Began on Earth

Assalammualaikum.... Rasa nya dah lama tak menaip untuk blog so rasanyer there was almost 3 or 4 years dah rasernyer tinggal kan benda nie... now just macam gatal tangan untuk taip and wanna share about my life and people around me :)  this life was very awesome then let it feel together..... i love about Crafting , Scrapbook and Cooking so maybe akan update stuff ini dekat blog nie k.