Jogging Part 1............... permulaan untuk berjogging ngan Cik Juju kat kelana jaya tak menjadi setelah hari hujan so pertukaran tempat joging pun bertukar di dalam Gaint KJ....sekali bukan nyer pi jogging tapi alih-alih pi lepak KFC pegi makan...hehehee...ini bukan nak membuang lemak tapi tambah lemak lakz...tapi nak wat cam mana dah hari pun hujan so situlah port nyer :)
So today pegi Lake Garden....berlari-lari dekat situ so memang lama giler tak pegi cos lah pegi rasanyer time kecik2 dulu jer rasanyer......tapi agak kepenatan lah rasanyer......punyerlah besar tak hingat nyer tempat nie lagi pun sudah lama tak pegi then arah pun tak tahu nak jogging mana so ikut jer lah orang reramai nie pegi mana...tapi nasib baiklah jumpa semula jalan balik cos besar kot then tah ke mana-mana dah time tuu :)
Sungguh penat today so waiting sambungan " Part II " esok yer.......
Wednesday, January 12, 2011
Sunday, January 9, 2011
♥ AJL 25 ♥
Juara AJL : Ana Raffali
Naib Juara : Meet Uncle Husain Feat Black
Ketiga : Hafis
Persembahan terbaik : Faizal Tahir ( Superman M'sia )
Anugerah Juara Lagu 25 a.k.a AJL25 memang terbaik lah tahun nie... bukan sekadar untuk menyanyi semata-mata macam tahun-tahun lepas tetapi penuh dengan drama dan juga jalan cerita bagi setiap musik yang disampaikan oleh para penyanyi di peringkat akhir ini. Product mereka bawa untuk kalai ini agak membawa satu kelainan setelah pengubahan alunan music yang baru dengan mendapat pengiringan oleh okestra band daripada pengarah muzik yang memang tidak perlu dinyatakan lagi kehebatannya iaitu Dato' Hj Ramli M.S .......alunan music yang memang power dan jugak mantap membuat suasana musik bertukar lebih membuat telinga ini tidak dapat menjangka siapakan yang akan memenangi AJL tahun ini.
Sebelum ini ramai yang mengatakan bahawa AJL tahun ini dimenangi oleh MUH Feat Black dan juga Faizal Tahir. Kekuatan muzik oleh MUH sememangnya power oleh sentuhan TAJA dan di tambah kekuatan vokal Black tak perlu di pertikaikan lagi. Manakala, Faizal Tahir a.k.a superman malaysia sure lah mantap o0o0ooooo......... dari dulu aku minat semua music dia. sesiapa yang tak minat pada faizal tahir dan tak tahu lagu faizal tahir memang kesian lah aku rasa tapi mungkin rezeki bukan berpihak padanya walaupun setiap kali masuk final AJL tapi belum dinobatkan sebagai juara so insyaAllah tahun depan ke then mana tahu kan. Aku ada juga ikuti interview faizal tahir tentang adakah menjuarai AJL akan membuat dikenali dan sebagai nya so beginilah jawapan faizal tahir " memenangi sesuatu kejuaran bukanlah segalanya kerana di dalam industri ini adalah lebih penting untuk mengekalkan populariti supaya tidaklah bila menang terus senyap dan lebih baik biar ader sepanjang karier ini lebih stabil" betul jugak kata dia kerana setengah artis walau menang tapi terus senyap buat apa then lebih baik tak menang tapi orang terus suka then ader job sepanjang dalam industri tersebut. Best lah Faizal tahir nie walau hanya menang persembahan terbaik dalam AJL25 kali ini. Gimik yang dilakukan memang menjadi. Best..Best..Best..!!!
Ana Raffali...??? Siapakah dia ini.....??? kenal ker ngan dia ini....??? Seorang penyanyi or bakat yang dijumpai oleh Aidit Afian melalui Youtube...... macam Justin Bieber lah gak yang usher jumpa dia melalui Youtube gak. Aidit Jumpa Ana Raffali ini melalui Youtube dan offer dia jadi artis rakaman dia. Siapa sangka dengan berbekalkan gitar dan upload music melalui Youtube boleh menang AJL. Suara yang agak unik dan rare pastu lirik lagu yang menarik dan mempunyai maksudnya tersendiri membuat Ana raffali menjuarai AJL25. memang bukanlah sesuatu yang dijangka oleh aku sebelum ini tetapi mungkin musiz yang berlainan dan suara yang unik serta rezeki dia so menjuarai AJL ini. Taniah Ana Raffali......." Tolong Ingatkan Aku "
Monday, January 3, 2011
~*My BesdaY*~
Today my besday...alhamdulilah masih hidup di bumi Allah nie....... teraser cam dah bertambah tua lakz aku nie. Kenapa lah aku lahir di saat awal-awal tahun nie yer? Kalau tengah-tahun dalam bulan 5 ke jadi taklah teraser hari tua ku terlalu cepat sangat teraser....ahaakkk....!!! nak perasan muda lakz aku nie. Aku dah sambut besday dah ngan family time balik ari tuu so get hadiah from my mom dah pun n besday cake. thanks to my mother for cake and adiah yer :) sangat sayang sama my mom. Besday ari nie sambut with Cik Awek a.k.a Cik Juju. Pagi tadi gerak Cik Juju bangun subuh then dia kata nak kuar so just plan ari nie memang nak tengak wayang then ukur berapa keluasan One Utama yang seperti selalu buat sebelum ini. Sampai sahaja kat One Utama then time nak beli tiket tetiba Cik Juju kata " awak.... awak ader nampak phone saya tak? " setelah cari-cari dalam beg sekali teringat phone tinggal dalam kereta so aku pun kata kat Cik Juju supaya dia pegi beli tiket dulu then aku runner pegi amik phone dia dalam kereta. Aku pun pesan kat dia beli tiket cerita "The Tourist" n before nie rasa nya aku dah cakap pun yang cerita nie Johnny Depp and Angelina Jolie berlakon. Bila aku sampai Cik Juju dah selesai beli tiket dah pun then after that terus masuk cos wayang nak start dah pun. Cerita ini agak best dan tak dijangka gak lah cos hero dia cam bodoh-bodoh sikit so biasalah kalau Johnny Deep berlakon memang selalu cam nie and tengak sahajalah Pirates of the Caribbean sorang yang cool n agak sengal-sengal sikit. Dalam cerita nie dia berlakon seorang guru matematik dan suka seorang agen perempuan yang sudah mempunyai kekasih seorang yang dikehendaki oleh polis kerana kes penipuan berjuta-juta aset dia. bermulalah dari satu kisah ke satu kisah macam mana nak perangkap kekasih elise nie. Cerita ini boleh dikatakan action comedy lah gak rasanya cos tak lah all the time asyik action jer pun so ader gak part yang kelakar. Tetapi ader satu part tuu Cik Juju sempat bersuara " ehhh...guy nie macam Johnny Depp lah awak" aku pun berkata semula pada Cik Juju " memang Johnny Depp lah u....kan dah bagi tau sebelum nie dah pun kan " Cik Juju tersenyum malu bila aku kata cam tuu kat dia nie...tah lah my Cik Awek nie... dia yang beli tiket tadi tapi tak tahu lakz citer apa dia yang beli nie so next time Cik Juju tengak tau :) kalau korang nak tahu cerita nie macam mana so baik try layan cerita ini.
Sunday, January 2, 2011
Going back to "Key Elle"
Semalam aku tido agak awal...dalam 10lebih kepala nie dah layan sangat suruh tido then tak tahu kenapalah kepala nie berat semacam memanggil " mari...mari...mari...tidolah cepat " tapi serius memang rasa cam tuu. Kiranya sekarang 5.40pagi aku dah terjaga...waiting until sampai kul6 untuk gerak cik juju so just type my blog jap lah....kepada cik juju " sorry semalam tak pick up phone time u call coz memang tak sedor sangat dah time tuu lah yer cik juju so jangan maro yer... :) " Berbalik kepada cerita time aku balik KL nie semulalah yer. Aku , adik n akak aku gerak dari kuala kangsar around kul4 rasernyer setelah planing untuk balik kul3 tertangguh sampai pukul4 barulah kita orang gerak. Aku tak drive kali nie just duduk belakang then boleh lah layan tido tapi nak tido punyer lah susah kerana keadaan tekak aku yang sakit berpunca dari minum ais yang melampau....sudah untuk berapa lamanya aku tak ambil ais tapi balik ke hometown nie tetiba teringin nak minum cendul...mengalah orang mengandung mengidamnya pulak rasanya. Bukan itu sahaja tapi ais aku amik nie setiap kali makan sure ader air orange or apa-apa yang ader ais so memang melaratlah tekak yang selama nie sudah tak sakit. Jawabnya dalam kereta semalam aku memang tak boleh tido... ditambahkan pula versi karaoke oleh kedua-dua perempuan dalam kereta nie yang dari satu lagu ke satu lagu walaupun tahu key or suara ke laut tetap melalak bagai apa tah. Hujan yang sepanjang perjalanan menyebabkan banyak berlaku kemalangan dan membuat rasa terbantut untuk mata nie terus lena dibuai perasaan so just tido kejap-kejap sahajalah. perjalanan yang hujan dan berlaku kemalangan yang banyak so kita orang sampai KL dekat-dekat pukul 7malam then terus gerak ke Serdang untuk hantar adik aku nie dan sampai sana dalam pukul 7.30malam. Sampai Serdang dah masuk waktu so menajadi kebiasaan akan singgah solat dekat Masjid UPM dan selesai semua terus gerak balik umah. Kali ini misi time balik kuala kangsar telah berjaya selepas dapat makan popia goreng paling sedap di kuala kangsar dan tidak menjangka pun dia akan bukak kedai cos new year rasernyer so ingat diorang amik cuti tetapi still bukak dan semasa aku nak beli itupun sudah terlalu ramai orang tetapi sempat gak beli. Manakala pencarian untuk membeli nasi goreng yang diidamkan tak dapat kali so mungkin next time lah rasanya. Today 3 January 2011 " My Besday " :)
Friday, December 31, 2010
New Yeaer 2011....!!!
Ari nie dah masuk tahun baru 1.1.2011...sungguh cantek no nie 1/1/11 heheheee.....semua nyer just satu jer kan......seperti biasalah pas subuh jer nie....ari nie takder planning apa sangat just nak cari makanan yang sememang nyer wajib kalau dah balik kuala kangsar nie...1st adalah nasi goreng ayam kat kedai mamak yang name dia Shah Renna ( betul ker ejaan nie yer ??? so ader bunyi kira ok jerlah yer ) nasi goreng dia nie memang takleh jumpa mana-mana tempat aku penah pegi sebelum nie so jangan tanyer kenapa nasi goreng tuu rare sangat ker sampai tahap cam tuu tapi kalau korang rasa sendiri sure tahu bezakan nasi goreng nie ngan tempat lain korang penah makan then percayalahh.....after that sure korang akan datang beli lagi kat kedai nie...then 2nd dish yang sememangnya aku akan cari aderlah popia goreng ( kenapa popia goreng yer?) popia memang lebih kurang jer mana pun tapi yang nie maybe dari kecik sudah kebiasaan makan makanan nie jadi dah beranggapan bahawa seperti makanan yang mak masak jer...cos the whole life selama nie membesar ngan makanan nie so itulah yang mungkin wat popia yang biasa-biasa nie menjadi satu makanan yang akan dicari bila balik kuala kangsar nie. Tapi ari nie cuti new year maybe orang yang jual popia nie cuti then esok ahad lak then for sure macam balik kali nie tak dapet nak merasa popia nie :(
Semalam sure ramai yang sambut new year.... aku just sambut depan TV jerlah pun...kalau kat kuala kangsar nie nak pegi mana pun...ader gak dengar mak cakap semalam yang orang sambut kat area jam besar? inilah bangunan yang sememangnya berada di tengah-tengah kuala kangsar pun. Ini adalah gambar jam besar kuala kangsar dan menjadi kebanggaan orang di tempat ini dan sekitarnya.
Berbalik semula kisah new year, Banyak jugalah cerita-cerita menarik sempena new year nie. Buat kali ketiga rasanya aku melayan citer "3Idiots" aku nie bukan lah peminat cerita filem hindustan tapi citer nie agak menarik so terujalah jugak untuk melayan untuk ke berapa kali gak lah :) Cerita ini mengisahkan 3sahabat yang sangat close n take care about each other so bermula lah kisah dari first day diorang masuk collage kejuruteraan sampai diorang grad kat collage nie. Bermacam-macam kisah berlaku antara tiga orang kawan baik ini iaitu Amir Khan as Rancho , Madhavan as Farhan and Sharman Joshi as Rastogi. Rancho nie seorang yang pandai tetap agak cool then tak serabutkan kepala dengan hal-hal yang memeningkan kepala so just take easy in everything he doing with this life then memikirkan pengalaman adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan dari belajar just untuk lulus dalam exam. Rancho juga seorang pelajar cemerlang walaupun nampak agak banyak main atau selalu membuat benda yang bodoh tetap akan dapat nombor satu dalam setiap kali peperiksaan manakala farhan dan Rastogi orang paling akhir dan kedua akhir bila peperiksaan. Kisah cerita ini agak menarik daripada kisah tentang friendship , family , about life sekeliling mereka , collage and kehidupan masa depan diorang. Kalau nak tahu lebih lanjut kisah ini silalah menonton di *Astro Fiesta di Channels 110* serius sangat best cerita ini :)
Thursday, December 30, 2010
- Hometown -
Mode : Happy with tengah melayan music Laskar Pelangi by Nidji
Location : Hometown ( Kuala Kangsar )
Time : 9.30am
Sesuatu yang luar planing untuk balik ke Kuala Kangsar, my sister just text me kata " siap-siap n petang nie kita balik dalam kul 1 or 2ptg nie..." memang agak lama juga aku tak balik kuala kangsar...itupun pun balik last raya haji rasanyer pun..time tuu balik takder sesiapa sangat just aku ngan akak aku jer lah pun cam biasa sebelum2 nie...my 2nd sister ngan adik jarang balik cos ader hal kadang tuu so taklah sama time kami nie berkumpul selalunyer..
Pukul 2petang itu, me and my sister geraklah balik kuala kangsar tapi before tu planing nak pi singgah mana-mana tempat yang boleh isi perut nie yang sememangnya dari pagi tadi berbunyi music hip-hop and keroncong ( macam mana akalau bunyi dua tuu di-mix kan yer? hehehee.. ) first planing nak makan kat rawang then haruslah ikut jalan lama cos umah aku in kepong jer kira agak dekatlah kalau ikut jalan lama...aku tak tahulah nak pegi makan mana cos memang tak tahu lah buat masa ini tidak teraser nak makan apa so kalau mana akak aku nak pi makan so makan ajerlah..aku dah bagi idea macam2 tapi seperti biasalah di-reject oleh akak aku :( sesampai di rawang planning bertukar selepas berpusing2 mencari port makan tapi takder yang best..akak aku ber kata " eh...!!! kita makan kat tanjung malim ajer lah...akak nak pegi beli barang kat ader satu kedai nie" aku jawab dengan pasrah dengan menahan perut yang bertukar music hardcore " tak kisah lah mana pun so oklah gak then boleh gak wat tour kat tanjung malim tuu " perjalan agak best gak time tuu cos cuaca yang redup membuat perjalanan ini agak cool so macam-macam cerita keluar dari satu chapter ke chapter lain tentang kisah dulu dan sekarang nie. Pada pukul 4petang sampailah kami ke tanjung malim dan tempat pertama yang tuju surelah kedai makan...akak aku penah makan ka kedai nie sebelum nie so memang nyatalah makanan kat kedai nie sedap juga. Selepas makan akak aku pegi kedai yang di nak pegi itu sementara itu aku just pusing-pusing sekitar pekan ini.
Selesai semua urusan membeli belah oleh akak aku terus gerak balik hometown..kuala kangsar ku... sampai dalam 6 lebih rasernyer....perasaan sangat best jumpa my lovely mom.....dia pun agak senyum-senyum gak lah cos before nie dia dah pesan suruh balik tapi aku tak balik then nie baru nak balik...perasaan rindu semua terubat dapat wajah ini yang sekian lama aku lihat dari aku lahir sampai umur ku 26thn kini. Aktiviti malam aku seperti biasa kalau dah bawak PC aku balik...main game ngan dak2 sebelah umah aku nie sampai kul 1.30pagi itupun kena paksa tidor...kalau nak ikut kan hati diorang memang taknak berhenti-henti lah jawabnya.
Sunday, December 26, 2010
* Harimau Malaya...!!! *
Taniah.....Taniah....Taniahhhhh buat team Malaysia yang menang untuk 1st final game with Indonesia. Lupakan segalah kekalahan sebelum ini sebanyak 5 - 1 semasa didalam kumpulan. Pemain2 kita yang makin berpengalaman dan jurulatih yang banyak memberi tunjuk ajar sangat bagus buat Malaysia untuk menang 1st final game nie sebanyak 3 - 0 . Aksi yang cukup menarik dan cantik telah ditunjukan oleh para pemain kita. Syabas Malaysia dan diharap agar piala tersebut dapat dibawa ke Malaysia dengan bekalan sebanyak 3jaringan itu. Malam ini memang jantung aku berasa hendak luruh jatuh bagai lah rasernyer apabila tengak 1st half sebab kedua2 team sangat seimbang dan serangan semua memang cukup menarik. Bermula 2nd Half pula keadaan berubah selepas penjaga gol Indonesia cuba protes tentang lazer yang kena mata nya so permaianan dihentikan selama 5minit. Sekembali beberapa minit selepas permaianan terhenti itu bermula aksi cermerlang Malaysia yang menyumbat gol pertama menerusi Mohd Safee Sali dari hantan cantek NorShahrul Idlan Talaha. Beberapa aksi cantik telah ditunjukan oleh malaysia dan menyebabkan berlakunya penambah gol kedua oleh Ashari dan selepas itu safee sali sekali lagi menjaringkan untuk gol yang ketiga. Memang permaianan yang cantik , semangat dan strategi yang menjadi pada malam ini.
Malaysia "*TANAH TUMPAH DARAHKU*"
+ Buat peminat bola yang ke stadium plz.... jaga diri n tak perlu lah mengangu pemain2 dengan pancaran lazer anda cos mungkin perkara ini akan menjadi isu jika pasukan indonesia protes perkara tersebut lagipun cubalah berfikiran secara rasional terhadap perkara ini :)
Subscribe to:
Posts (Atom)