BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 9, 2011

♥ AJL 25 ♥

Juara AJL  : Ana Raffali
Naib Juara : Meet Uncle Husain Feat Black
Ketiga     : Hafis
Persembahan terbaik : Faizal Tahir ( Superman M'sia )

Anugerah Juara Lagu 25 a.k.a AJL25 memang terbaik lah tahun nie... bukan sekadar untuk menyanyi semata-mata macam tahun-tahun lepas tetapi penuh dengan drama dan juga jalan cerita bagi setiap musik yang disampaikan oleh para penyanyi di peringkat akhir ini. Product mereka bawa untuk kalai ini agak membawa satu kelainan setelah pengubahan alunan music yang baru dengan mendapat pengiringan oleh okestra band daripada pengarah muzik yang memang tidak perlu dinyatakan lagi kehebatannya iaitu Dato' Hj Ramli M.S .......alunan music yang memang power dan jugak mantap membuat suasana musik bertukar lebih  membuat telinga ini tidak dapat menjangka siapakan yang akan memenangi AJL tahun ini.

Sebelum ini ramai yang mengatakan bahawa AJL tahun ini dimenangi oleh MUH Feat Black dan juga Faizal Tahir. Kekuatan muzik oleh MUH sememangnya power oleh sentuhan TAJA dan di tambah kekuatan vokal Black tak perlu di pertikaikan lagi. Manakala, Faizal Tahir a.k.a superman malaysia sure lah mantap o0o0ooooo......... dari dulu aku minat semua music dia. sesiapa yang tak minat pada faizal tahir dan tak tahu lagu faizal tahir memang kesian lah aku rasa tapi mungkin rezeki bukan berpihak padanya walaupun setiap kali masuk final AJL tapi belum dinobatkan sebagai juara so insyaAllah tahun depan ke then mana tahu kan. Aku ada juga ikuti interview faizal tahir tentang adakah menjuarai AJL akan membuat dikenali dan sebagai nya so beginilah jawapan faizal tahir " memenangi sesuatu kejuaran bukanlah segalanya kerana di dalam industri ini adalah lebih penting untuk mengekalkan populariti supaya tidaklah bila menang terus senyap dan lebih baik biar ader sepanjang karier ini lebih stabil" betul jugak kata dia kerana setengah artis walau menang tapi terus senyap buat apa then lebih baik tak menang tapi orang terus suka then ader job sepanjang dalam industri tersebut. Best lah Faizal tahir nie walau hanya menang persembahan terbaik dalam AJL25 kali ini. Gimik yang dilakukan memang menjadi. Best..Best..Best..!!!

Ana Raffali...??? Siapakah dia ini.....??? kenal ker ngan dia ini....??? Seorang penyanyi or bakat yang dijumpai oleh Aidit Afian melalui Youtube...... macam Justin Bieber lah gak yang usher jumpa dia melalui Youtube gak. Aidit Jumpa Ana Raffali ini melalui Youtube dan offer dia jadi artis rakaman dia. Siapa sangka dengan berbekalkan gitar dan upload music melalui Youtube boleh menang AJL. Suara yang agak unik dan rare pastu lirik lagu yang menarik dan mempunyai maksudnya tersendiri membuat Ana raffali menjuarai AJL25.  memang bukanlah sesuatu yang dijangka oleh aku sebelum ini tetapi mungkin musiz yang berlainan dan suara yang unik serta rezeki dia so menjuarai AJL ini. Taniah Ana Raffali......." Tolong Ingatkan Aku "

No comments: