Jogging Part 1............... permulaan untuk berjogging ngan Cik Juju kat kelana jaya tak menjadi setelah hari hujan so pertukaran tempat joging pun bertukar di dalam Gaint KJ....sekali bukan nyer pi jogging tapi alih-alih pi lepak KFC pegi makan...hehehee...ini bukan nak membuang lemak tapi tambah lemak lakz...tapi nak wat cam mana dah hari pun hujan so situlah port nyer :)
So today pegi Lake Garden....berlari-lari dekat situ so memang lama giler tak pegi cos lah pegi rasanyer time kecik2 dulu jer rasanyer......tapi agak kepenatan lah rasanyer......punyerlah besar tak hingat nyer tempat nie lagi pun sudah lama tak pegi then arah pun tak tahu nak jogging mana so ikut jer lah orang reramai nie pegi mana...tapi nasib baiklah jumpa semula jalan balik cos besar kot then tah ke mana-mana dah time tuu :)
Sungguh penat today so waiting sambungan " Part II " esok yer.......
Wednesday, January 12, 2011
Sunday, January 9, 2011
♥ AJL 25 ♥
Juara AJL : Ana Raffali
Naib Juara : Meet Uncle Husain Feat Black
Ketiga : Hafis
Persembahan terbaik : Faizal Tahir ( Superman M'sia )
Anugerah Juara Lagu 25 a.k.a AJL25 memang terbaik lah tahun nie... bukan sekadar untuk menyanyi semata-mata macam tahun-tahun lepas tetapi penuh dengan drama dan juga jalan cerita bagi setiap musik yang disampaikan oleh para penyanyi di peringkat akhir ini. Product mereka bawa untuk kalai ini agak membawa satu kelainan setelah pengubahan alunan music yang baru dengan mendapat pengiringan oleh okestra band daripada pengarah muzik yang memang tidak perlu dinyatakan lagi kehebatannya iaitu Dato' Hj Ramli M.S .......alunan music yang memang power dan jugak mantap membuat suasana musik bertukar lebih membuat telinga ini tidak dapat menjangka siapakan yang akan memenangi AJL tahun ini.
Sebelum ini ramai yang mengatakan bahawa AJL tahun ini dimenangi oleh MUH Feat Black dan juga Faizal Tahir. Kekuatan muzik oleh MUH sememangnya power oleh sentuhan TAJA dan di tambah kekuatan vokal Black tak perlu di pertikaikan lagi. Manakala, Faizal Tahir a.k.a superman malaysia sure lah mantap o0o0ooooo......... dari dulu aku minat semua music dia. sesiapa yang tak minat pada faizal tahir dan tak tahu lagu faizal tahir memang kesian lah aku rasa tapi mungkin rezeki bukan berpihak padanya walaupun setiap kali masuk final AJL tapi belum dinobatkan sebagai juara so insyaAllah tahun depan ke then mana tahu kan. Aku ada juga ikuti interview faizal tahir tentang adakah menjuarai AJL akan membuat dikenali dan sebagai nya so beginilah jawapan faizal tahir " memenangi sesuatu kejuaran bukanlah segalanya kerana di dalam industri ini adalah lebih penting untuk mengekalkan populariti supaya tidaklah bila menang terus senyap dan lebih baik biar ader sepanjang karier ini lebih stabil" betul jugak kata dia kerana setengah artis walau menang tapi terus senyap buat apa then lebih baik tak menang tapi orang terus suka then ader job sepanjang dalam industri tersebut. Best lah Faizal tahir nie walau hanya menang persembahan terbaik dalam AJL25 kali ini. Gimik yang dilakukan memang menjadi. Best..Best..Best..!!!
Ana Raffali...??? Siapakah dia ini.....??? kenal ker ngan dia ini....??? Seorang penyanyi or bakat yang dijumpai oleh Aidit Afian melalui Youtube...... macam Justin Bieber lah gak yang usher jumpa dia melalui Youtube gak. Aidit Jumpa Ana Raffali ini melalui Youtube dan offer dia jadi artis rakaman dia. Siapa sangka dengan berbekalkan gitar dan upload music melalui Youtube boleh menang AJL. Suara yang agak unik dan rare pastu lirik lagu yang menarik dan mempunyai maksudnya tersendiri membuat Ana raffali menjuarai AJL25. memang bukanlah sesuatu yang dijangka oleh aku sebelum ini tetapi mungkin musiz yang berlainan dan suara yang unik serta rezeki dia so menjuarai AJL ini. Taniah Ana Raffali......." Tolong Ingatkan Aku "
Monday, January 3, 2011
~*My BesdaY*~
Today my besday...alhamdulilah masih hidup di bumi Allah nie....... teraser cam dah bertambah tua lakz aku nie. Kenapa lah aku lahir di saat awal-awal tahun nie yer? Kalau tengah-tahun dalam bulan 5 ke jadi taklah teraser hari tua ku terlalu cepat sangat teraser....ahaakkk....!!! nak perasan muda lakz aku nie. Aku dah sambut besday dah ngan family time balik ari tuu so get hadiah from my mom dah pun n besday cake. thanks to my mother for cake and adiah yer :) sangat sayang sama my mom. Besday ari nie sambut with Cik Awek a.k.a Cik Juju. Pagi tadi gerak Cik Juju bangun subuh then dia kata nak kuar so just plan ari nie memang nak tengak wayang then ukur berapa keluasan One Utama yang seperti selalu buat sebelum ini. Sampai sahaja kat One Utama then time nak beli tiket tetiba Cik Juju kata " awak.... awak ader nampak phone saya tak? " setelah cari-cari dalam beg sekali teringat phone tinggal dalam kereta so aku pun kata kat Cik Juju supaya dia pegi beli tiket dulu then aku runner pegi amik phone dia dalam kereta. Aku pun pesan kat dia beli tiket cerita "The Tourist" n before nie rasa nya aku dah cakap pun yang cerita nie Johnny Depp and Angelina Jolie berlakon. Bila aku sampai Cik Juju dah selesai beli tiket dah pun then after that terus masuk cos wayang nak start dah pun. Cerita ini agak best dan tak dijangka gak lah cos hero dia cam bodoh-bodoh sikit so biasalah kalau Johnny Deep berlakon memang selalu cam nie and tengak sahajalah Pirates of the Caribbean sorang yang cool n agak sengal-sengal sikit. Dalam cerita nie dia berlakon seorang guru matematik dan suka seorang agen perempuan yang sudah mempunyai kekasih seorang yang dikehendaki oleh polis kerana kes penipuan berjuta-juta aset dia. bermulalah dari satu kisah ke satu kisah macam mana nak perangkap kekasih elise nie. Cerita ini boleh dikatakan action comedy lah gak rasanya cos tak lah all the time asyik action jer pun so ader gak part yang kelakar. Tetapi ader satu part tuu Cik Juju sempat bersuara " ehhh...guy nie macam Johnny Depp lah awak" aku pun berkata semula pada Cik Juju " memang Johnny Depp lah u....kan dah bagi tau sebelum nie dah pun kan " Cik Juju tersenyum malu bila aku kata cam tuu kat dia nie...tah lah my Cik Awek nie... dia yang beli tiket tadi tapi tak tahu lakz citer apa dia yang beli nie so next time Cik Juju tengak tau :) kalau korang nak tahu cerita nie macam mana so baik try layan cerita ini.
Sunday, January 2, 2011
Going back to "Key Elle"
Semalam aku tido agak awal...dalam 10lebih kepala nie dah layan sangat suruh tido then tak tahu kenapalah kepala nie berat semacam memanggil " mari...mari...mari...tidolah cepat " tapi serius memang rasa cam tuu. Kiranya sekarang 5.40pagi aku dah terjaga...waiting until sampai kul6 untuk gerak cik juju so just type my blog jap lah....kepada cik juju " sorry semalam tak pick up phone time u call coz memang tak sedor sangat dah time tuu lah yer cik juju so jangan maro yer... :) " Berbalik kepada cerita time aku balik KL nie semulalah yer. Aku , adik n akak aku gerak dari kuala kangsar around kul4 rasernyer setelah planing untuk balik kul3 tertangguh sampai pukul4 barulah kita orang gerak. Aku tak drive kali nie just duduk belakang then boleh lah layan tido tapi nak tido punyer lah susah kerana keadaan tekak aku yang sakit berpunca dari minum ais yang melampau....sudah untuk berapa lamanya aku tak ambil ais tapi balik ke hometown nie tetiba teringin nak minum cendul...mengalah orang mengandung mengidamnya pulak rasanya. Bukan itu sahaja tapi ais aku amik nie setiap kali makan sure ader air orange or apa-apa yang ader ais so memang melaratlah tekak yang selama nie sudah tak sakit. Jawabnya dalam kereta semalam aku memang tak boleh tido... ditambahkan pula versi karaoke oleh kedua-dua perempuan dalam kereta nie yang dari satu lagu ke satu lagu walaupun tahu key or suara ke laut tetap melalak bagai apa tah. Hujan yang sepanjang perjalanan menyebabkan banyak berlaku kemalangan dan membuat rasa terbantut untuk mata nie terus lena dibuai perasaan so just tido kejap-kejap sahajalah. perjalanan yang hujan dan berlaku kemalangan yang banyak so kita orang sampai KL dekat-dekat pukul 7malam then terus gerak ke Serdang untuk hantar adik aku nie dan sampai sana dalam pukul 7.30malam. Sampai Serdang dah masuk waktu so menajadi kebiasaan akan singgah solat dekat Masjid UPM dan selesai semua terus gerak balik umah. Kali ini misi time balik kuala kangsar telah berjaya selepas dapat makan popia goreng paling sedap di kuala kangsar dan tidak menjangka pun dia akan bukak kedai cos new year rasernyer so ingat diorang amik cuti tetapi still bukak dan semasa aku nak beli itupun sudah terlalu ramai orang tetapi sempat gak beli. Manakala pencarian untuk membeli nasi goreng yang diidamkan tak dapat kali so mungkin next time lah rasanya. Today 3 January 2011 " My Besday " :)
Subscribe to:
Posts (Atom)